Skip to main content

Anak-anak Kecilku..

Hari ini, tanggal 9 July 2014 aku telah menggantikan ‘position’ sepupuku di sebuah sekolah swasta tempat sepupuku mengajar sebagai guru. Sementara dua hari aku menggantikannya, dan hari ini adalah hari yang pertama. Sepupu aku terpaksa mengambil cuti lantaran anaknya yang sedang demam ‘chicken pox’.

Kebiaasaannya bagi seorang anak bongsu seperti aku, melayani anak kecil adalah perkara yang amat ‘terrible failure’ bagi aku untuk aku lakukan.

Selaku anak bongsu yang sangat manja, kuat cemburu dan langsung tidak tahu memujuk, aku sangat takut ditinggalkan berseorangan bersama anak kecil berikutan aku sangat bingit bila mendengar jeritan tangisan budak kecil. Itu aku dulu.

Tapi kini semuanya ternyata berbeza, entah aku tak tahu mengapa, yang bingit itu kini menjadi hiburan bagi aku. Mungkin aku hampir mencapai ‘matang’ kot..

Hari ini aku telah Berjaya menempuhi hariku sebagai seorang guru yang mendidik anak-anak murid. Dahulunya, aku sangat takut untuk menjadi guru, kerana aku takut berhadapan dengan budak kecil, takut aku akan mengasari, memarahi dan memukul mereka.  Hakikatnya, ternyata sangkaanku sebelum ini pada diri aku sendiri ternyata meleset sekali!!

Hari pertama ketika kem hafazan pada minggu lepas, dalam kem itu aku bertindak sebagai fasilitator hafazan kepada adik-adik yang berumur 10-11 tahun. Alhamdulillah Ya Allah.. Subhanallah.. sangat aku tidak menyangka, aku mampu melayani mereka dengan sangat baik sekali. Terima Kasih Ya Allah, aku tidak menyangka begitu tebal kesabaran yang Kau berikan kepada aku, (semoga kesabaran seperti ini berkekalan selama-lamanya). Dalam kem tersebut, sedikit pun aku tidak memarahi mereka. Cuma satu,  ketika salah seorang dari mereka yang agak nakal dan tidak mahu mengikut arahanku, aku mengugut untuk keluar dari kelasku selama sepuluh minit. (aku acah-acah saja..setelah diugut, barulah dia mahu memberi tumpuan kepadaku)

Yang agak menggembirakan aku, si anak yang nakal itu berkata kepada rakannya ketika kami berjalan memilih ‘port’ terbaik untuk melakukan hafazan. Anak itu berkata; “kak husna ni betul-betul macam kakak kita sendiri laa” (lebih kurang begitu ayatnya). Aku tersenyum sendiri. Sesungguhnya kesabaran ini ternyata datang dari Allah. Aku tidak pernah begini. Terima Kasih Ya Allah!!

Hari ini, sekali lagi hatiku terusik. Kelas pertama yang aku masuki mengikut jadual adalah kelas 4 Omar, yang mana mereka kesemuanya dalam kiraanku berumur sekitar 10 tahun. Dengan berbekalkan suaraku yang sukar untuk nyaring, ditambah pula dengan beberapa orang  anak-anak yang begitu hyper-active gelagatnya, suaraku tenggelam. Aku pula sengaja memberi mereka peluang berebut-rebut mengeluarkan idea mereka.

"ustazah.. tolonglah garang sikit..!!" jerit salah seorang dari mereka apabila melihat aku yang langsung tidak punya riak marah walaupun kelas penuh hingar dengan suara mereka. Aku tahu mereka bingit, tapi aku menganggap itu semuanya positif belaka.

Aku yang menyangka diriku cukup brutal, panas baran dan selalu menyinga.. lalu apabila berhadapan dengan anak murid yang masih kecil, ternyata hilang kesemua taringku.. 

Yang paling ingin aku nyatakan disini, andai anda seorang yang panas baran, mohonlah pada Allah agar dititipkan kesabaran, dilembutkan hati. Kerana, Yang Maha Sabar itu sentiasa ada. Mohonlah kepadanya. Agar hidupmu senantiasa bahagia.


Salam Kasih untuk anak-anak muridku..


Post a Comment

Popular posts from this blog

TRIBUNAL PENGGUNA - Procedure Tuntutan

Langkah-langkah membuat tuntutan di TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA

LANGKAH PERTAMA, muat turun borang satu di http://ttpm.kpdnkk.gov.my.
LANGKAH KEDUA buat tiga salinan borang satu tersebut. satu salinan untuk TRIBUNAL, satu salinan untuk PENENTANG, dan satu salinan untuk PENUNTUT (kita). 
hantar borang (secara manual) ke:
TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
TINGKAT 16, SUNWAY PUTRA PLACE
100, JALAN PUTRA
50622 KUALA LUMPUR

ataupun buat tuntutan secara online
LANGKAH KETIGA
buat bayaran RM5 kepada tribunal. selagi bayaran tidak dibuat, kes tuntutan kita tidak dapat diambil tindakan. 
bayaran boleh dibuat dengan 2 cara
hantar wang pos (aduan online) ataupun bayar cash di kaunter TTPM
LANGKAH KEEMPAT
(manual) bawa ketiga-tiga salinan borang tersebut kepada tribunal supaya dapat diproses oleh tribunal. tarikh sebutan kes perbicaraan akan ditentukan pada hari tersebut. 
LANGKAH KELIMA 
(manual) setelah borang satu diproses, satu salinan diberi kepada tribunal, satu salinan disimp…

Tips Mudah Lajukan LAPTOP!

dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

aku ade la sikit ilmu pasal laptop ni nak share2 dengan korang.

oleh sebab aku ni kurang lebih, agak gila gadget, so ad la sikit tips penjagaan laptop, yang berkesan amat dan paling best, tak payah keluar walau sedikit posen dari poket korang. cayaalah!!

first of all, cuba chek balik laptop korang, korang puas hati tak dengan performance latop korang selama ni?
kalau xpuas hati, terus la baca yang aku tulis ni..hehe

firstly, sepanjang pengalaman aku la, laptop yang lembap dan berat yang amat ni, biasanya
1. CPU (processor) kurang power - kurang 2.0 ghZ 
- processor tak boleh upgrade, dari mula korang beli, sampai rosak pun, terpaksa la korg guna processor yang sama.
nak pilih processor yang bagus, kelajuan haruslah melebihi 2.0 GHz.kelajuan  bergantung jugak pada pilihan dan badget korg. yang intel keluarkan dekat pasaran sekarang, i3. i5. i7.
setakat ni, i.7 la yang terbaik.

2. RAM (random access memory) pun sikit -kurang 4 gb
-…

Tambang Murah KL-Putrajaya

Dengan nama Allah, aku mulakan tulisan aku. ;)

Based on pengalaman, selalunya aku ke Putrajaya dengan kereta ataupun dengan ERL (Klia Express).

sebab ahad lepas masa pergi kuliah kat Masjid Besi, pertama kali aku ke Putrajaya dengan bas. Jadi, aku nak share dengan korang mcm mana nak ke Putrajaya dengan bas.

bermulanya perjalanan aku dari Station LRT UNIVERSITI menuju ke Stesen LRT PASAR SENI. harga tiket lebih kurang, RM1.60.



 turun je dari LRT tu, tunggu bus E1, bus stop tepi jalan sebelah  dengan LRT. Bus ni satu-satunya bas RAPID yang menuju ke Putrajaya. kekerapan, bas ni akan beroperasi setiap setengah jam. so, sedia-sedia la tambang RM3.80 untuk ke Putrajaya..:D


sebaik saja sampai ke Putrajaya, Bus Rapid E1 akan berhenti dan menurunkan penumpang di Putrajaya Sentral. (stesen bus Putrajaya)
station bus ni selain menyediakan perkhidmatan bas Nadi Putra yang mana tambang untuk seperjalanan bas hanya RM0.50 sen! oleh itu, sediakan la duit syiling banyak2 kalau nak naik bus ya. se…