Ssesuatu yang paling penting kita perlu jaga apabila mula menulis adalah, PERASAAN KITA. Apa yang kita tulis akan mempengaruhi pembaca kita. Pembaca yang sedang santai-santai membaca sudah semestinya tak mahu 'input serabut' menerjah minda. Ada baiknya, apabila ingin menulis sesuatu yang penuh emosi, ambil masa berfikir, baca berulang kali, minta orang yang terdekat baca penulisan tersebut. Minta pandangan dan pertimbangan mereka. Paling penting, jangan gopoh. Walaupun input yang kita cuba sampaikan itu penuh ilmiah, jika disampaikan dengan amarah kerana tidak berpuas hati kepada sesebuah pihak, boleh jadi pembaca kurang tertarik untuk teruskan membaca kerana tidak selesa dengan 'perasaan' si penulis. Sudah jadi sia-sia saja buah fikiran kita, kerana 'suara' kita tidak sampai kepada pembaca. Oleh itu, jika ingin menyalurkan amarah, jadilah seperti A. Samad Said. Tulisannya penuh seni. Amarahnya penuh adab. Juga sosok hebat HAMKA, seni penulisannya tak per...
Welcome To My Life Journey