Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

Bertemu dan Berpijak

Kembali Ke Sarang         Alhamdulillah, minggu ini adalah minggu kelima untuk pengajianku dalam semester yang ke tujuh. Ia bermaksud, ada lagi 9 minggu berbaki untuk aku menelaah, mengulangkaji, dan 'brainstorming' kononnya untuk menyiapkan assingment dan peperiksaan akhir.           Menjadi satu kebiasaan aku..punyai sahabat, atau teman yang tidak bosan melayani aku.. Sering ada untuk aku lepaskan perasaan aku, marah aku, kebosanan aku.           Tetapi mungkin nasib malang aku.. Dia telah pergi membawa diri. Dia kecewa atas sesuatu yang dia berharap untuk dia peroleh.. Tapi dia gagal. Aku sentiasa berharap agar dia dapat apa yang dia ingini.. Dan aku.. Selalu ingin mencari 'rakan gaduhku' yang selalu menemani.       Wahai teman gaduh, moga kau sihat saja di sana. Moga ada orang yang mengambil berat tentang kau disana. Moga sentiasa ada orang yang membantu kau disana. Moga Allah sentiasa menjaga kau dimana saja. Tidak kira apa yang ka

Jenis-jenis Tuntutan (Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia)

Ramai antara kita, rakyat malaysia yang kurang mengambil tahu tentang adanya 'TTPM'. ia merupakan satu badan kerajaan yang membantu kita sebagai pengguna,membantu kita untuk mendapatkan hak kita yang sepatutnya.  Mana-Mana Pengguna Boleh Memfailkan Tuntutan Di Tribunal Menuntut Gantirugi Bagi Kerugian Yang Ditanggung Berhubung Apa-Apa Perkara Yang Melibatkan Kepentingan Beliau Sebagai Pengguna Di Bawah Akta Yang Berbangkit Daripada :- A.      Perlakuan Mengelirukan Dan Memperdaya, Representasi Palsu Dan Amalan Tak Saksama, Iaitu :-  I. Perlakuan Mengelirukan Dan Memperdaya Berkaitan Dengan Jenis, Proses Pengilangan, Kesesuaian, Kualiti Dan Kuantiti; Ii.    Gambaran Yang Mengelirukan Mengenai Harga; Iii. Tawaran Pemberian, Hadiah Atau Benda Percuma Lain Dengan Niat Untuk Tidak Mengadakannya; Iv.   Tuntutan-Tuntutan Lain Yang Mengelirukan Seperti -          1)    Selagi Stok Masih Ada;          2)    Barang-Barang Adalah Terhad; Dan Sebagainya. V.    

Bagaimana 'Disable Virus' tanpa Anti-Virus?

Dengan kata, Bismillah.. Baru-baru laptopku berkeadaan kurang baik, ' CPU usage' pada monitorku   selalu saja 100% walaupun tiada sebarang application yang sedang ' run'. Aku hampir mati akal mencari jalan untuk menyelesaikan. Tahu-tahulah, aku kalau mahu sesuatu, aku takkan 'duduk diam saja-saja'.. dan Alhamdulillah, semalam aku mendapat ilham atau entah bagaimana, aku menjumpai teknik yang baru (bagi aku) untuk mematikan virus! Util Hula Too  rupanya yang selama ini mengganggu laptopku! Software ini mungkin aku ter download secara tak sengaja ketika aku meng install software-software sebelum ini. Secara teorinya, peng- disable ini aku hanya menggunapakai service dari Task Manager. Dari situlah apa-apa jenis atau sebarang application yang yang mahukan run secara Active/ Manual/ Disable.  Ok. Mari kita lakukan praktikalnya! ^^, Langkah 1. Pic. 1 Buka Task Manager. *  Klik kanan Task Bar dan pilih   Task Manager ( Pic. 1) ataupun, * Tekan C

Tambang Murah KL-Putrajaya

Dengan nama Allah, aku mulakan tulisan aku. ;) Based on pengalaman, selalunya aku ke Putrajaya dengan kereta ataupun dengan ERL (Klia Express). sebab ahad lepas masa pergi kuliah kat Masjid Besi, pertama kali aku ke Putrajaya dengan bas. Jadi, aku nak share dengan korang mcm mana nak ke Putrajaya dengan bas. bermulanya perjalanan aku dari Station LRT UNIVERSITI  menuju ke Stesen LRT PASAR SENI. harga tiket lebih kurang, RM1.60. LRT Pasar Seni  turun je dari LRT tu, tunggu bus  E1,  bus stop tepi jalan sebelah  dengan LRT. .  Bus  ni satu-satunya bas RAPID yang menuju ke Putrajaya. kekerapan, bas ni akan beroperasi setiap setengah jam. so, sedia-sedia la tambang RM3.80 untuk ke Putrajaya..:D E1 Rapid Kota Raya-Putrajaya sebaik saja sampai ke Putrajaya, Bus Rapid E1 akan berhenti dan menurunkan penumpang di Putrajaya Sentral. (stesen bus Putrajaya) View stesen bus Putrajaya station bus ni selain menyediakan perkhidmatan bas Nadi Putra yang mana tambang untu

Speed up your Laptop* RAM Booster

Bismillah, macam entri sebelum ni, aku share tips pasal macam mana nk improve performance laptop korang. kali ni pulak, aku nak share macam mana nk bagi super power booster lagi untuk performance laptop korang. hehe actually, aku baca blog pasal tips2 nak lajukan laptop ni. then, semua tips yang aku jumpa tu semua sama. blogger2 semua copy paste entri yang sama. so, aku terpanggil untuk share kt sini. sebab, aku dah try kat laptop aten, efa, & adib. semua puas hati dan sangat2 memuaskan. tak sangka berkesan pulak cara tu. patutla semua orang nak copy paste. :D :P.haha keberkesanannya, bila korang nak buka dokumen atau komputer, tak sempat nak loading lepas korang klik, program dah pun terbuka. xcaya? cubalah..hehe firsly, korang buka program NOTEPAD dan type mystring=(80000000) macam ni then, Save as type 'All Files ' . File name: takkisahapepun.vbe. make sure '.vbe.' macam gambar kat bawah ni. tapi macam aku, aku suka letak nama RAM.v

Tips Mudah Lajukan LAPTOP!

dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani aku ade la sikit ilmu pasal laptop ni nak share2 dengan korang. oleh sebab aku ni kurang lebih, agak gila gadget, so ad la sikit tips penjagaan laptop, yang berkesan amat dan paling best, tak payah keluar walau sedikit posen dari poket korang. cayaalah!! first of all, cuba chek balik laptop korang, korang puas hati tak dengan performance latop korang selama ni? kalau xpuas hati, terus la baca yang aku tulis ni..hehe firstly, sepanjang pengalaman aku la, laptop yang lembap dan berat yang amat ni, biasanya 1. CPU ( processor) kurang power - kurang 2.0 ghZ  - processor tak boleh upgrade, dari mula korang beli, sampai rosak pun, terpaksa la korg guna processor yang sama. nak pilih processor yang bagus, kelajuan haruslah melebihi 2.0 GHz.kelajuan  bergantung jugak pada pilihan dan badget korg. yang intel keluarkan dekat pasaran sekarang, i3. i5. i7. setakat ni, i.7 la yang terbaik. 2. RAM (random access memory) pun si

cinta untukmu Dirasah Asanid

بسم الله الرحمن الرحيم bermulalah kisahku bersama DIRASAH ASANID..pertama kali aku memandang asanid, aku lihat dia adalah seorang yang sopan, segak, lembut tutur katanya. lelaki ini baru aku kenali ketika mula-mula aku menjejakkan kaki ke alam baru, semester ke-6 di UM..  "asan!" panggilku.. lantas dia menoleh. aku katakan padanya, "asan, kenapa semester ini aku baru jumpa kau? bukan sepatutnya kau aku jumpa sejak awal-awal lagi? kau ke mana? tak kan kau asyik sembunyi ja dalam bilik mesyuarat tu, tak keluar, tak tunjuk muka. hujung-hujung pengajian aku, kau baru muncul." Asanid tersenyum-senyum memandangku. Wajah kacaknya meruntun hatiku. kulitnya bersih, janggut sejemputnya menghiasi wajah yang putih bersih itu. Sekali pandang,   kehandsoman  Asanid    aku lihat seiras wajahnya dengan Ashraf Muslim. Lembut senyumnya, lembut perawakannya, lebih2 lagi sangat menghormati wanita.  Hampir tujuh minggu aku bersama Asanid di dalam bilik kelas ku. Ak

TRIBUNAL PENGGUNA - Procedure Tuntutan

 Langkah-langkah membuat tuntutan di TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) LANGKAH PERTAMA, muat turun borang satu di  http://ttpm.kpdnkk.gov.my . LANGKAH KEDUA buat tiga salinan borang satu tersebut. satu salinan untuk TRIBUNAL, satu salinan untuk PENENTANG, dan satu salinan untuk PENUNTUT (kita).  hantar borang (secara manual) ke: TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR TINGKAT 16, SUNWAY PUTRA PLACE 100, JALAN PUTRA 50622 KUALA LUMPUR ataupun buat tuntutan secara online LANGKAH KETIGA buat bayaran RM5 kepada tribunal. selagi bayaran tidak dibuat, kes tuntutan kita tidak dapat diambil tindakan.  bayaran boleh dibuat dengan 2 cara hantar wang pos (aduan online) ataupun bayar cash di kaunter TTPM LANGKAH KEEMPAT (manual) bawa ketiga-tiga salinan borang tersebut kepada tribunal supaya dapat diproses oleh tribunal. tarikh sebutan kes perbicaraan akan ditentukan pada hari terse