Skip to main content

Posts

Showing posts from March 29, 2014

cinta untukmu Dirasah Asanid

بسم الله الرحمن الرحيم bermulalah kisahku bersama DIRASAH ASANID..pertama kali aku memandang asanid, aku lihat dia adalah seorang yang sopan, segak, lembut tutur katanya. lelaki ini baru aku kenali ketika mula-mula aku menjejakkan kaki ke alam baru, semester ke-6 di UM..  "asan!" panggilku.. lantas dia menoleh. aku katakan padanya, "asan, kenapa semester ini aku baru jumpa kau? bukan sepatutnya kau aku jumpa sejak awal-awal lagi? kau ke mana? tak kan kau asyik sembunyi ja dalam bilik mesyuarat tu, tak keluar, tak tunjuk muka. hujung-hujung pengajian aku, kau baru muncul." Asanid tersenyum-senyum memandangku. Wajah kacaknya meruntun hatiku. kulitnya bersih, janggut sejemputnya menghiasi wajah yang putih bersih itu. Sekali pandang,   kehandsoman  Asanid    aku lihat seiras wajahnya dengan Ashraf Muslim. Lembut senyumnya, lembut perawakannya, lebih2 lagi sangat menghormati wanita.  Hampir tujuh minggu aku bersama Asanid di dalam bilik kel...