Skip to main content

cinta untukmu Dirasah Asanid

بسم الله الرحمن الرحيم




bermulalah kisahku bersama DIRASAH ASANID..pertama kali aku memandang asanid, aku lihat dia adalah seorang yang sopan, segak, lembut tutur katanya. lelaki ini baru aku kenali ketika mula-mula aku menjejakkan kaki ke alam baru, semester ke-6 di UM.. 

"asan!" panggilku.. lantas dia menoleh. aku katakan padanya, "asan, kenapa semester ini aku baru jumpa kau? bukan sepatutnya kau aku jumpa sejak awal-awal lagi? kau ke mana? tak kan kau asyik sembunyi ja dalam bilik mesyuarat tu, tak keluar, tak tunjuk muka. hujung-hujung pengajian aku, kau baru muncul."

Asanid tersenyum-senyum memandangku. Wajah kacaknya meruntun hatiku. kulitnya bersih, janggut sejemputnya menghiasi wajah yang putih bersih itu. Sekali pandang,  kehandsoman Asanid  aku lihat seiras wajahnya dengan Ashraf Muslim. Lembut senyumnya, lembut perawakannya, lebih2 lagi sangat menghormati wanita. 

Hampir tujuh minggu aku bersama Asanid di dalam bilik kelas ku. Aku lihat dia seorang pelajar yang rajin. Soalan-soalan yang dilontarkan semasa dalam pembelajaran, seperti mengurut-ngurut otak, ligat membuat semua orang berfikir panjang. Asanid gemar menimbulkan spekulasi-spekulasi yang yang mungkin terjadi, bagaimana jika begini, dan bagaimana jika begitu? 

Asanid seorang yang aktif didalam kelas. Walaupun si  kacak ini gemar bertanya dan berjawab soalan dengan pensyarah-pensyarah, beliau tidak pernah tunjuk kerek  atau berlagak bagus kepada kami, biarpun memang diakui beliaulah pelajar yang menunjukkan performance yang baik, dan boleh dikatakan teladan terbaik untuk kami.. 

semalam aku mendapat khabar berita, Asanid ditimpa kemalangan dan menghembuskan nafas yang terakhirnya ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya. Aku mendapat khabar beliau ketika Takhrij, sahabat kami yang membonceng beliau menghubungiku. Jarh dan Ta'dil juga turut bersama mereka. Takhrij sengaja mendahulukan aku selepas menghubungi keluarga Asanid. Mungkin kerana lewat ini beliau mendapati kami sering bersama mengulang kaji.  Lantas aku menyebarkan khabar sedih itu kepada teman-teman kelas aku yang lain..

20 minit telah berlalu. kini aku berada di PPUM. Aku terus menuju ke 'KECEMASAN' untuk mencari daftar Asanid. Asanid berada di wad bernombor 13 bersama tubuhnya yang terkulai layu. Dalam hatiku, "Asanid......kenapa kau terlalu awal meninggalkan aku?? Tugasan-tugasan assignment  kita masih belum selesai lagi.. Asanid.. Damailah engkau disana..." Aku menahan esak tangisku didalam hati. 

Aku duduk didepan bilik yang menempatkan Asanid. Diatas kerusi kusyen yang lembut, aku rasakan keras. aku sangat sedih atas kejadian yang menimpa hari itu. Sahabatku, Asanid yang kusayangi langsung pergi dan meninggalkan aku selama-lamanya..

satu jam telah berlalu.. aku masih duduk di atas kerusi yang 'keras' itu bersama Jarh dan juga Ta'dil. aku lihat, 21 orang classmate aku sedang berkerumun di kaunter KECEMASAN. lalu aku menghampiri mereka dan membawa mereka 'bertemu' dengan Asanid. aku lihat wajah mereka semuanya. Kelihatan jelas di wajah mereka semua sedang dirundung sayu.. seperti kehilangan MH370, tapi lebih teruk lagi. 

Alhamdulillah,  hari jumaat 28 mac 2014 pada jam tepat 3 petang, Asanid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di kampung halamannya.. aku sempat bertanya khabar dengan seluruh keluarga Asanid yang ada disana. Mereka sangat tabah dengan ujian yang menimpa. Aku sangat cemburu dengan redha mereka menerima ujian itu. 


CERITA REKAAN SEMATA-MATA. TIADA KENA-MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAU YANG TELAH MENINGGAL DUNIA. :D

sebenarnya DIRASAH ASANID subjek paling killer semester ni. release tension jap, melayan 'handsome' dia. hahaha






Comments

Popular posts from this blog

TRIBUNAL PENGGUNA - Procedure Tuntutan

 Langkah-langkah membuat tuntutan di TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) LANGKAH PERTAMA, muat turun borang satu di  http://ttpm.kpdnkk.gov.my . LANGKAH KEDUA buat tiga salinan borang satu tersebut. satu salinan untuk TRIBUNAL, satu salinan untuk PENENTANG, dan satu salinan untuk PENUNTUT (kita).  hantar borang (secara manual) ke: TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR TINGKAT 16, SUNWAY PUTRA PLACE 100, JALAN PUTRA 50622 KUALA LUMPUR ataupun buat tuntutan secara online LANGKAH KETIGA buat bayaran RM5 kepada tribunal. selagi bayaran tidak dibuat, kes tuntutan kita tidak dapat diambil tindakan.  bayaran boleh dibuat dengan 2 cara hantar wang pos (aduan online) ataupun bayar cash di kaunter TTPM LANGKAH KEEMPAT (manual) bawa ketiga-tiga salinan borang tersebut kepada tribunal supaya dapat diproses oleh tribunal. tarikh sebutan kes perbicaraan akan ditentu...

General Guide On How To Take Shaklee Supplement

Here is when to take your Shaklee vitamins/supplements in general. Sustained Release Vitamin C 500mg  – 1tablet  after meal. Untuk orang yang sakit, perokok, resdung teruk can take 2-3 biji sehari. Example, 1tab aft breakfast, 1tab aft lunch, 1tab aft dinner. Kalau demam pun can take 2tab sekali makan. Chewable Vita-C Plus 100mg  – After meal. Children: 1-3tab a day. Adult: 3-6tab a day. B-Complex  – 1tab aft meal (aft breakfast/lunch sebab this vitamin gives energy). If under lots of stress, take 2tab/day (1morning & 1afternoon). Make sure you drink enough water. Vitalea  – 1tab after meal. Can take 2for those with low HB/kurang darah.  CANNOT  be taken with  Vitamin E, GLA, susu/Ostematrix/Calcium  pada masa yang sama sebab akan menghalang penyerapan iron. Alfalfa  – Max intake 10tab/day after meal. For nursing mom, take 2-3tab/day. If breastmilk supply is still low and to boost supply, add 1tab after each pump. For normal dai...

Tips Mudah Lajukan LAPTOP!

dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani aku ade la sikit ilmu pasal laptop ni nak share2 dengan korang. oleh sebab aku ni kurang lebih, agak gila gadget, so ad la sikit tips penjagaan laptop, yang berkesan amat dan paling best, tak payah keluar walau sedikit posen dari poket korang. cayaalah!! first of all, cuba chek balik laptop korang, korang puas hati tak dengan performance latop korang selama ni? kalau xpuas hati, terus la baca yang aku tulis ni..hehe firstly, sepanjang pengalaman aku la, laptop yang lembap dan berat yang amat ni, biasanya 1. CPU ( processor) kurang power - kurang 2.0 ghZ  - processor tak boleh upgrade, dari mula korang beli, sampai rosak pun, terpaksa la korg guna processor yang sama. nak pilih processor yang bagus, kelajuan haruslah melebihi 2.0 GHz.kelajuan  bergantung jugak pada pilihan dan badget korg. yang intel keluarkan dekat pasaran sekarang, i3. i5. i7. setakat ni, i.7 la yang terbaik. 2. RAM (random access memory...