Skip to main content

Jenis-jenis Tuntutan (Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia)

Ramai antara kita, rakyat malaysia yang kurang mengambil tahu tentang adanya 'TTPM'.

ia merupakan satu badan kerajaan yang membantu kita sebagai pengguna,membantu kita untuk mendapatkan hak kita yang sepatutnya. 


Mana-Mana Pengguna Boleh Memfailkan Tuntutan Di Tribunal Menuntut Gantirugi Bagi Kerugian Yang Ditanggung Berhubung Apa-Apa Perkara Yang Melibatkan Kepentingan Beliau Sebagai Pengguna Di Bawah Akta Yang Berbangkit Daripada :-
A.      Perlakuan Mengelirukan Dan Memperdaya, Representasi Palsu Dan Amalan Tak Saksama, Iaitu :-
 I. Perlakuan Mengelirukan Dan Memperdaya Berkaitan Dengan Jenis, Proses Pengilangan, Kesesuaian, Kualiti Dan Kuantiti;
Ii.    Gambaran Yang Mengelirukan Mengenai Harga;
Iii. Tawaran Pemberian, Hadiah Atau Benda Percuma Lain Dengan Niat Untuk Tidak Mengadakannya;
Iv.   Tuntutan-Tuntutan Lain Yang Mengelirukan Seperti -
         1)    Selagi Stok Masih Ada;
         2)    Barang-Barang Adalah Terhad; Dan Sebagainya.
V.     Menerima Bayaran Tanpa Niat Untuk Membekalkan Barang Atau Perkhidmatan;
Vi.  Kontrak Perkhidmatan Hadapan Bagi Perkhidmatan Yang Akan Diadakan Atas Dasar Berterusan.


B.   Keselamatan Barang Dan Perkhidmatan :–
I.      Standard Keselamatan Berkaitan Dengan Apa-Apa Barang Atau Kelas Barang;
Ii. Standard Keselamatan Berkaitan Dengan Apa-Apa Perkhidmatan Atau Kelas Perkhidmatan.


C.  Hak Terhadap Pembekal Berkenaan Dengan Gerenti Tersirat Berkaitan Dengan Pembekalan  Barang-Barang :-
 I.    Mengenai Hakmilik;
Ii.    Mengenai Kualiti Boleh Terima;
Iii.   Mengenai Kesesuaian Bagi Maksud Tertentu;
Iv.    Bahawa Barang Mematuhi Perihal;
V.     Bahawa Barang Mematuhi Sampel;
Vi.    Mengenai Harga Munasabah;
Vii.   Mengenai Pembaikan Dan Barang Ganti.


 D. Hak Terhadap Pembekal Berkenaan Dengan Gerenti Tersirat Berkaitan Dengan Pembekal Perkhidmatan :-
I.       Mengenai Ketelitian Dan Kemahiran Munasabah;
Ii.      Mengenai Kesesuaian Bagi Maksud Tertentu;
Iii.     Mengenai Masa Siap Munasabah;
Iv.      Mengenai Harga Munasabah.


E.  Hak Terhadap Pengilang Berkenaan Dengan Gerenti Nyata Berkaitan Dengan Pembekalan Barang-Barang :-
I.      Mengenai Kualiti Prestasi Atau Ciri-Ciri Barang;
Ii.     Mengenai Pemberian Perkhidmatan Yang Diperlukan: 
Iii.    Mengenai Kebolehdapatan Barang Yang Serupa Pada Masa Hadapan;    
Iv.    Mengenai Pemulangan Wang Atau Balasan Sekiranya Barang Tidak Memenuhi Apa-Apa Akujanji Oleh  Penggerenti.      


F.       Hak Terhadap Pengilang Berkenaan Dengan Gerenti Tersirat Berkaitan Dengan Pembekalan Barang-Barang :-
I.      Mengenai Kualiti Yang Boleh Diterima;
Ii.     Bahawa Barang Mematuhi;
Iii.    Mengenai Pembaikan Dan Barang Ganti. 


     
Pengertian Barang
Untuk Tujuan Perenggan-Perenggan Di Atas, Perkataan 'Barang' Ertinya Barang Yang Terutamanya Dibeli Atau Digunakan Bagi Maksud Diri, Rumah Tangga Atau Isi Rumah, Dan Termasuklah :-  
          A.   Barang Yang Dipasang Pada, Atau Digabungkan Dalam, Apa-Apa Harta Tak Alih Atau Harta Alih;  
          B.   Haiwan, Termasuk Ikan;
          C.   Vesel Atau Kenderaan;
          D.   Kemudahan; Dan
        E.   Pokok, Tumbuh-Tumbuhan Dan Tanaman Sama Ada Atau Tidak Di Atas, Di Bawah Atau Terlekat Pada Tanah, Tetapi Tidaklah Termasuk Hak Dalam Tindakan, Termasuk Surat Cara Niaga, Syer, Debentur Dan Wang.

Pengertian Pengguna 
Perkataan 'Pengguna' Ertinya Seorang Yang :-
         A)  Memperoleh Atau Menggunakan Barang Atau Perkhidmatan Daripada Jenis Yang Pada Lazimnya Diperoleh Bagi Maksud, Kegunaan Atau Penggunaan Diri, Rumah Tangga Atau Isi Rumah; Dan
         B)  Tidak Memperoleh Atau Menggunakan Barang Atau Perkhidmatan Itu, Terutamanya Bagi Maksud :-
 I. Membekalkannya Semula Secara Perdagangan;
 Ii. Menggunakannya Dalam Perjalanan Suatu Proses Pengilangan;
 Iii. Dalam Hal Barang, Membaiki Atau Mengolah, Secara Perdagangan, Barang Lain Atau Lekapan Pada Tanah.  
  
Pengertian Perkhidmatan 
Perkataan 'Perkhidmatan' Termasuklah Apa-Apa Hak, Faedah, Keistimewaan Atau Kemudahan Yang Atau Yang Akan, Diberikan Atau Dianugerahkan Di Bawah Apa-Apa Kontrak Tetapi Tidaklah Termasuk :-
   A) Hak, Faedah Atau Keistimewaan Dalam Bentuk Pembekalan Barang Atau Pelaksanaan  Kerja Di Bawah Suatu Perkhidmatan; Atau
    B) Apa-Apa Perkhidmatan Yang Dibekalkan Atau Akan Dibekalkan Oleh Ahli Professional Yang Dikawal Selia Oleh Mana-Mana Undang-Undang Bertulis (Seperti Doktor, Peguam Atau Arkitek);Atau
      C) Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Yang Dibekalkan Atau Akan Dibekalkan Oleh Professional Jagaan Kesihatan Atau Oleh Kemudahan Jagaan Kesihatan (Seperti Perkhidmatan Perubatan, Pergigian, Kejururawatan, Perbidanan, Farmasi Dan Ambulans). 

Comments

Popular posts from this blog

TRIBUNAL PENGGUNA - Procedure Tuntutan

 Langkah-langkah membuat tuntutan di TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) LANGKAH PERTAMA, muat turun borang satu di  http://ttpm.kpdnkk.gov.my . LANGKAH KEDUA buat tiga salinan borang satu tersebut. satu salinan untuk TRIBUNAL, satu salinan untuk PENENTANG, dan satu salinan untuk PENUNTUT (kita).  hantar borang (secara manual) ke: TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR TINGKAT 16, SUNWAY PUTRA PLACE 100, JALAN PUTRA 50622 KUALA LUMPUR ataupun buat tuntutan secara online LANGKAH KETIGA buat bayaran RM5 kepada tribunal. selagi bayaran tidak dibuat, kes tuntutan kita tidak dapat diambil tindakan.  bayaran boleh dibuat dengan 2 cara hantar wang pos (aduan online) ataupun bayar cash di kaunter TTPM LANGKAH KEEMPAT (manual) bawa ketiga-tiga salinan borang tersebut kepada tribunal supaya dapat diproses oleh tribunal. tarikh sebutan kes perbicaraan akan ditentukan pada hari terse

General Guide On How To Take Shaklee Supplement

Here is when to take your Shaklee vitamins/supplements in general. Sustained Release Vitamin C 500mg  – 1tablet  after meal. Untuk orang yang sakit, perokok, resdung teruk can take 2-3 biji sehari. Example, 1tab aft breakfast, 1tab aft lunch, 1tab aft dinner. Kalau demam pun can take 2tab sekali makan. Chewable Vita-C Plus 100mg  – After meal. Children: 1-3tab a day. Adult: 3-6tab a day. B-Complex  – 1tab aft meal (aft breakfast/lunch sebab this vitamin gives energy). If under lots of stress, take 2tab/day (1morning & 1afternoon). Make sure you drink enough water. Vitalea  – 1tab after meal. Can take 2for those with low HB/kurang darah.  CANNOT  be taken with  Vitamin E, GLA, susu/Ostematrix/Calcium  pada masa yang sama sebab akan menghalang penyerapan iron. Alfalfa  – Max intake 10tab/day after meal. For nursing mom, take 2-3tab/day. If breastmilk supply is still low and to boost supply, add 1tab after each pump. For normal daily intake, 2-3tab is sufficient. ESP  – Max 3tbl