Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Dilemma Ibubapa Liberal

Ada seorang makcik yang baru saja menamatkan pengajian ijazah pengajian Islam tinggal di sebuah kampung. Keberadaan beliau di kampung yang agak lama, hampir sebulan beliau  menganggur, kurang sihat akibat kemalangan dua bulan yang lalu. Pada suatu hari, makcik bersiar-bersiar ke rumah jirannya sambil bertanya khabar pelajaran anak-anak jirannya itu. Oleh kerana jiran tersebut masih mempunyai anak kecil yang ramai, dan hanya belajar mengaji di sekolah sahaja, maka Makcik menawarkan khidmat mengajar  mengaji tanpa bayaran. Apabila ditawarkan kelas mengaji tanpa bayaran, jiran tersebut hanya membalas "nantilah, saya tanya budak-budak dulu."Makcik pun senyum dan terus berlalu pulang ke rumah. Senyumnya senyuman kekecewaan. Zaman ini, ibu bapa yang tidak menekankan  pelajaran agama untuk anak-anak, samalah dengan tidak memikirkan masa depan akhlak anak mereka. Pelajaran agama yang sepatutnya dimestikan, ibu bapa memberi peluang pilihan kepada anak kecil untuk memilih. Samalah ana…

Wet Food Homemade For Bebuluss

Wet Food Homemade For Bebuluss100% semula jadi✔
Menyihatkan✔
Tiada bahan pengawet✔
Tiada penambah perasa✔
Bebas garam tambahan✔πŸ˜„ ------------------------------------------------------------
Sejak ramadhan lepas masa cuna tinggalkan kampung, bulus2 cuna makan tak menentu.Kesian..Ada biskut prodiet dengan powercat pun tak berapa nak makan sangat. Jadi cuna buat balik wet food macam dulu2. Risau kat budak2 ni dah tak debab macam dulu😭😭

Cuna beli 3kg ikan mata besar, siang dan bersihkan.
Then cuna kukus. Tapi suka hati korang la nak rebus atau kukus.

Langkah seterusnya, cuna asingkan isi ikan dengan tulangnya. 
Tulang ikan tu pulak, blend dengan air rebusan/kukus tadi.
Tuang air tulang blend ke isi ikan dan tapis perlahan2 dengan jari. 
Ya la. Mana tau ada tulang kecik2 ikut sekali kan. Kesian si bulus.


Dah siap, simpan je kat chiller.
Air tulang tu jadi macam jelly sama macam wet food yang kita beli kat pasaran. 
Tapi ofkos lah wet food kita buat lebih sihat.

Si Dia Propose Cuna

Si Dia Propose CunaπŸ™ˆπŸ™ˆ
8 April 2017Cuna terlanggar sebuah kereta yang melanggar lampu merah.Cuna pulak tak ada la nak marah sangat brader yang langgar lampu merah tu..Sebab dia tak familiar jalan kat situ dan dia pulak sejenis 'bendul' yang ikut2 orang depan dia langgar lampu merah.Cuna pula masa sebelum berlaku kejadian, dari jauh lagi dah nampak lampu taraffic tu warna hijau.Dari jauh dah laju. Tambah2 pulak jalan turun bukit.Fuhhh. Melayang la cuna walaupun seberat anak gajah. Haha.Alhamdulillah tak ada darah yang menitis masa tu. Cuma ada calar balar badan juga tiada, cuma ada calar balar sikit kat badan motor.Ok. Sampai situ cerita dua tahun lalu. Kelmarin, tiba2 je lutut Cuna ni sakit yakmatttt.. Tak boleh nak berjalan. Keadaan tu bermula lepas maghrib.Cuna terus terbaring, rest dan tidur dengan harapan bila bangun tidur nanti sakit lutut ni hilang. Tapi tak rupanya, cuna masih berjalan terhencut2 lepas bangun dari tidur. Tak boleh jadi macam ni fikir cuna. Cuna pun goo…

Diet Ikut Jenis Darah

Jenis darah kita ni sedikit sebanyak mempengaruhi makanan apa yang kita perlu untuk diet.

Contohnya cuna dulu kan, masa asasi. Biasalah. Berat kg70++ biassaaa.

Cuna dulu asasi dekat Akademi Pengajian Islam UM Nilam Puri.

Impian cuna nak kurus la sikit. Sikit pun okay laa..

Riadah satu jam setiap petang. Setiap petang okayy. Dua semester cuna istiqamah dengan rutin riadah macam tu.

Berdirilah cuna di gelanggang badminton Al Malik Khalid, tunggu je siapa yang lawan badminton dengan cuna.
Ahahaha.

Antara manusia osem yang rajin melayan badminton antaranya @fateyn @ieya @fariha dan ramai lagi. Cuna pun tak tertag semuanya.

Yang peliknya walaupun cuna kuat riadah, berat cuna maintain.

Lepas tu cuna muhasabah balik. Apa yang buat berat ni degil sangat nak turun?

Rupa-rupanya susu tepung yang cuna bancuh sehari dua kali setiap hari tu la yang buat berat badan cuna maintainπŸ˜‚

Satu lagi, korang tau kan orang Kelantan ni terkenal dengan pemurahnya.

Nasi bungkus yang cuna beli setiap hari tu, n…

Mengawal Perasaan Ketika Menulis

Ssesuatu yang paling penting kita perlu jaga apabila mula menulis adalah,
PERASAAN KITA. Apa yang kita tulis akan mempengaruhi pembaca kita. Pembaca yang sedang santai-santai membaca sudah semestinya tak mahu 'input  serabut' menerjah minda. Ada baiknya, apabila ingin menulis sesuatu yang penuh emosi, ambil masa berfikir, baca berulang kali, minta orang yang terdekat baca penulisan tersebut. Minta pandangan dan pertimbangan mereka. Paling penting, jangan gopoh. Walaupun input yang kita cuba sampaikan itu penuh ilmiah, jika disampaikan dengan amarah kerana tidak berpuas hati kepada sesebuah pihak, boleh jadi pembaca kurang tertarik untuk teruskan membaca kerana tidak selesa dengan 'perasaan' si penulis. Sudah jadi sia-sia saja buah fikiran kita, kerana 'suara' kita tidak sampai kepada pembaca.Oleh itu, jika ingin menyalurkan amarah, jadilah seperti A. Samad Said. Tulisannya penuh seni. Amarahnya penuh adab. Juga sosok hebat HAMKA, seni penulisannya tak pernah k…