Ada seorang makcik yang baru saja menamatkan pengajian ijazah pengajian Islam tinggal di sebuah kampung. Keberadaan beliau di kampung yang agak lama, hampir sebulan beliau menganggur, kurang sihat akibat kemalangan dua bulan yang lalu. Pada suatu hari, makcik bersiar-bersiar ke rumah jirannya sambil bertanya khabar pelajaran anak-anak jirannya itu. Oleh kerana jiran tersebut masih mempunyai anak kecil yang ramai, dan hanya belajar mengaji di sekolah sahaja, maka Makcik menawarkan khidmat mengajar mengaji tanpa bayaran. Apabila ditawarkan kelas mengaji tanpa bayaran, jiran tersebut hanya membalas "nantilah, saya tanya budak-budak dulu." Makcik pun senyum dan terus berlalu pulang ke rumah. Senyumnya senyuman kekecewaan. Zaman ini, ibu bapa yang tidak menekankan pelajaran agama untuk anak-anak, samalah dengan tidak memikirkan masa depan akhlak anak mereka. Pelajaran agama yang sepatutnya dimestikan, ibu bapa memberi peluang pilihan kepada anak kecil untuk memilih. ...
Welcome To My Life Journey