Skip to main content

TRIBUNAL PENGGUNA - Procedure Tuntutan

 Langkah-langkah membuat tuntutan di TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA


Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)


LANGKAH PERTAMA,
muat turun borang satu di http://ttpm.kpdnkk.gov.my.

LANGKAH KEDUA
buat tiga salinan borang satu tersebut. satu salinan untuk TRIBUNAL, satu salinan untuk PENENTANG, dan satu salinan untuk PENUNTUT (kita). 
hantar borang (secara manual) ke:
TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
TINGKAT 16, SUNWAY PUTRA PLACE
100, JALAN PUTRA
50622 KUALA LUMPUR

ataupun buat tuntutan secara online

LANGKAH KETIGA
buat bayaran RM5 kepada tribunal. selagi bayaran tidak dibuat, kes tuntutan kita tidak dapat diambil tindakan. 

bayaran boleh dibuat dengan 2 cara
hantar wang pos (aduan online) ataupun bayar cash di kaunter TTPM

LANGKAH KEEMPAT
(manual)
bawa ketiga-tiga salinan borang tersebut kepada tribunal supaya dapat diproses oleh tribunal. tarikh sebutan kes perbicaraan akan ditentukan pada hari tersebut. 

LANGKAH KELIMA 
(manual)
setelah borang satu diproses, satu salinan diberi kepada tribunal, satu salinan disimpan penuntut, dan satu salinan lagi dihantar kepada penentang. 
hantar borang salinan untuk Penentang kepada penentang
cara pertama* hantar borang tersebut dengan kad daftar AR. pastikan isi kad AR dengan betul.
cara kedua* hantar sendiri by hand  kepada pihak penentang. dapatkan cop dan tandatangan penentang pada salianan penuntut. jika penentang tidak mahu menerima, dapatkan akuan sumpah. 


akuan sumpah boleh dilakukan di suruhan jaya sumpah. (mengikut kawasan)
kalau penentang tak mahu terima borang tersebut, ataupun serahan kerumah penentang, tapi penentang tidak berada dirumah. caranya, tinggalkan saja borang tersebut dirumah, di bawah pintu dan sebagainya, asalkan selamat dibaca.

kalau kes begini, boleh la buat akuan sumpah

LANGKAH KEENAM
jika menghantar borang kepada penentang melalui pos, pastikan kad AR dikembalikan semula oleh Pos Malaysia. semasa hari perbicaraan, bawa kad kuning tersebut sebagai bukti akuan penerimaan oleh penentang.

LANGKAH KETUJUH
hadir ke mahkamah tribunal pada hari yang ditetapkan. jika pihak penentang hadir, tribunal akan mempertimbangkan kedua-dua pihak. namun jika penentang tidak hadir, tribunal akan memihak kepada penuntut dan mahkamah akan menghantar award  kepada penentang supaya membayar wang atau barang yang dituntut oleh penuntut.



Buat kalian yang merupakan pengguna bijak, sebarang ketidak puasan hati kita sebagai pengguna kepada sebarang perkhidmatan daripada penjual boleh dibuat tuntutan, sekiranya mahu.

Disini sedikit perkongsian semasa pendengaran kes sedang berjalan.  Perbicaraan kes saya tadi, saya adalah penuntut ke 4 yang dipanggil oleh tribunal. 3 penuntut sebelum saya melalui masalah seperti berikut. 

1) seorang lelaki cina. beliau telah ditipu sebanyak rm9000, tapi resit sebagai bukti pembayaran, hanya tertulis rm1000 shj sebagai bayaran..

(tribunal hanya membenarkan tuntutan berdasarkan bukti pembayaran. jika bukti bayaran rm1000, tak boleh la nak tuntut rm9000.. 1000 saja boleh tuntut.


 Masalah kedua, beliau tersilap menulis pada ruang kad AR. 
posmen tak dapat mengesahkan penerimaan borang pertama kepada penentang kerana beliau sebagai penuntut mengisi kedua-dua ruang. sepatutnya, penuntut hanya mengisi ruang pengirim. *nama penuh, *alamat lengkap kediaman semasa, * dan ruang dibawah sekali alamat penentang. ruang sebelah kiri hendaklah dikosongkan, ia adalah ruang kepada penentang mengakui telah menerima borang satu yang dikirimkan oleh penuntut. setelah posmen mendapatkan pengakuan penerimaan penentang, kad kuning ini akan dihantar semula kepada pengirim. 





2) penuntut kedua, seorang wanita melayu. pun ada masalah jugak. masalah beliau adalah salah alamat masa pos borang satu kepada penentang. surat tak sampai kepada penentang. jadi penentang tak datang ke perbicaraan. alamat syarikat, kita boleh cek kat SSSM. cara cek kt sssm tu a
Saya5 pun xsure mcm mana cara dia. korg cari dulu la ea..hehe
jadi, untuk poskan pos daftar AR KAD tu kepada penentang, make sure alamat tu betul..okeh.

katakan borang satu tu kita hantar sendiri by hand, dapatkan jugak pengesahan dari pihak penentang bahawa borang satu untuk penentang itu telahpun diterima. dapatkan cop kedai dan tandatangan. cop dan tandatangan tu pada borang satu salinan penuntut. means, penentang cop pada salinan yang kita punya.  kalau pihak penentang tanak terima borang tu, tinggalkan aje pada dia dan kita perlu buat akuan sumpah. surat akuan sumpah tu kita kena buat akuan dan detailkan kita dah serahkan borang satu kepada penentang.

kalau kita tak detailkan akuan sumpah tu, tribunal akan proceed  kepada kes yang lain. macam yang berlaku kepada penuntut yang ke-3 pagi tadi. Saya ucapkan takziah kepada mereka kerana gagal untuk menyelesaikan terus perihal tribunal tuntutan mereka hari ni. all the best!! 

make sure kad daftar ar tu ada sertakan sekali benda ni. kalau takde, tak laku ok! 


di bawah ni saya sertakan email yang dihantar pada saya oleh seorang pegawai kpdnkk tentang procedure tribunal tuntutan tersebut.

Salam Cik Husna,

Saya merujuk kepada email puan bertarikh 6 Mac 2013 mengenai perkara yang tersebut di atas.

2. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia(TTPM) adalah satu badan kehakiman yang telah ditubuhkan di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 di mana objektif penubuhannya adalah untuk menyediakan satu saluran alternatif kepada pengguna untuk mendapatkan gantirugi barang yang dibeli atau perkhidmatan yang diperoleh daripada penjual/ penyedia perkhidmatan dengan cara MUDAH, MURAH dan CEPAT.

3. Merujuk kepada aduan yang telah dikemukakan, ia merupakan pembelian barang yang dibeli oleh pengguna dan sekiranya pengguna tidak berpuas hati dengan dengan keadaan barang yang dibeli, pengguna boleh menfailkan tuntutan di pejabat Tribunal Tuntutan Pengguna yang berdekatan :

TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
TINGKAT 16, SUNWAY PUTRA PLACE
100, JALAN PUTRA
50622 KUALA LUMPUR
T : 03-4042 4181/3058/4194
F : 03-4042 4259

4. Tuntutan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang 1 (diisi dalam 3 salinan bersama salinan dokumen berkaitan spt resit, perjanjian, gambar dsbg ) dan setelah Borang 1 tersebut lengkap diisi, sila kemukakan Borang 1 di mana-mana pejabat tribunal untuk diproses. Setelah Borang 1 diproses, satu tarikh Pendengaran akan ditetapkan dan Pengguna(Pihak Yang Menuntut) hendaklah kemukakan 1 salinan Borang 1 tersebut kepada syarikat berkenaan melalui serahan tangan atau melalui Pos AR Kad. Tuan juga boleh menfailkan tuntutan secara atas talian melalui portal kami http://ttpm.kpdnkk.gov.my.

5. Bagi prosiding Pendengaran, kedua-dua pihak hendaklah membawa semua dokumen yang berkaitan dan juga saksi(jika ada) untuk memberi keterangan secara lisan. Tribunal akan membuat keputusan berdasarkan kepada merit tuntutan dan juga keterangan pihak-pihak. Sila bawa semua dokumen yang berkaitan untuk menyokong tuntutan tuan seperti resit pembayaran dsbg pada hari pendengaran.

Diharapkan pihak tuan berpuas hati dengan penerangan ringkas ini dan sekiranya ada sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di talian yang tertera di atas untuk maklumat selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

"MUDAH, MURAH DAN CEPAT"

Saya Yang Menurut Perintah


TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
TINGKAT 16, SUNWAY PUTRA PLACE
100, JALAN PUTRA
50622 KUALA LUMPUR
TEL : 
03-4042 4181/3058/4194

FAKS : 03-4042 4259




Comments

Unknown said…
Assalamualaikum, saya di KL, membuat tuntutan di sunway putra. Kat mana ye mahkamah Tu? Saya perlu hadid esok ni. Dah Mcm mane kalau saya tak dpt AR card Tu lagi. Tapi saya masih contact dgn si penipu. So penipu sudah dapat Surat Dari pihak tribunal sendiri, so die tau la y esok saya Ade pendengaran. Tolong reply ya. Terima kasih

Popular posts from this blog

General Guide On How To Take Shaklee Supplement

Here is when to take your Shaklee vitamins/supplements in general. Sustained Release Vitamin C 500mg  – 1tablet  after meal. Untuk orang yang sakit, perokok, resdung teruk can take 2-3 biji sehari. Example, 1tab aft breakfast, 1tab aft lunch, 1tab aft dinner. Kalau demam pun can take 2tab sekali makan. Chewable Vita-C Plus 100mg  – After meal. Children: 1-3tab a day. Adult: 3-6tab a day. B-Complex  – 1tab aft meal (aft breakfast/lunch sebab this vitamin gives energy). If under lots of stress, take 2tab/day (1morning & 1afternoon). Make sure you drink enough water. Vitalea  – 1tab after meal. Can take 2for those with low HB/kurang darah.  CANNOT  be taken with  Vitamin E, GLA, susu/Ostematrix/Calcium  pada masa yang sama sebab akan menghalang penyerapan iron. Alfalfa  – Max intake 10tab/day after meal. For nursing mom, take 2-3tab/day. If breastmilk supply is still low and to boost supply, add 1tab after each pump. For normal daily intake, 2-3tab is sufficient. ESP  – Max 3tbl

Jenis-jenis Tuntutan (Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia)

Ramai antara kita, rakyat malaysia yang kurang mengambil tahu tentang adanya 'TTPM'. ia merupakan satu badan kerajaan yang membantu kita sebagai pengguna,membantu kita untuk mendapatkan hak kita yang sepatutnya.  Mana-Mana Pengguna Boleh Memfailkan Tuntutan Di Tribunal Menuntut Gantirugi Bagi Kerugian Yang Ditanggung Berhubung Apa-Apa Perkara Yang Melibatkan Kepentingan Beliau Sebagai Pengguna Di Bawah Akta Yang Berbangkit Daripada :- A.      Perlakuan Mengelirukan Dan Memperdaya, Representasi Palsu Dan Amalan Tak Saksama, Iaitu :-  I. Perlakuan Mengelirukan Dan Memperdaya Berkaitan Dengan Jenis, Proses Pengilangan, Kesesuaian, Kualiti Dan Kuantiti; Ii.    Gambaran Yang Mengelirukan Mengenai Harga; Iii. Tawaran Pemberian, Hadiah Atau Benda Percuma Lain Dengan Niat Untuk Tidak Mengadakannya; Iv.   Tuntutan-Tuntutan Lain Yang Mengelirukan Seperti -          1)    Selagi Stok Masih Ada;          2)    Barang-Barang Adalah Terhad; Dan Sebagainya. V.