Catatan ini bukanlah bertujuan untuk menjatuhkan perniagaan kedai hand phone tersebut. hanya sebagai peringatan, agar kejadian seperti ini tidak berlaku lagi. Semoga dijadikan iktibar.
jalan tun tan cheng lock |
Alhamdulillah.. hari ni, 25 mac 2014 telah selesai kes tribunal tuntutan yang aku failkan terhadap sebuah kedai handphone berdekatan kompleks kota raya..
cerita dia macam ni, ada satu hari tu, hari khamis 13 feb 2014. aku balik ke kl awal.. atas urusan kenduri pernikahan abang aten keesokan harinya. saje balik awal sebab nak tgk abang aten nikah..hehe. hari isnin minggu depannya, 17 feb bermulanya semester pengajian aku di universiti malaya kesayanganku yang ke-6.
kebiasaannya, apabila aku turun bas di puduraya, perjalanan dari kampung, aku akan melalui kaki lima sekitar kota raya untuk menaiki bas U74 pula menghala terus ke rumah sewaku di sekitar Pantai Dalam, KL. ntah macam mana, masa berjalan di kaki lima berdekatan dengan perhentian bus, kaki aku seperti meminta aku aku berhenti sekejap untuk melihat-lihat smartphone yang didisplaykan di bawah meja kedai. aku tertarik dengan display harga sebuah smartphone, galaxy note 3 dengan harga rm550 aje... maka dengan semangat berkobar-kobar, aku meminta kepastian harga smartphone tersebut..
ini ayat yg aku copy paste untuk aduan pada KPDNKK.
" SALAM, YANG DIMULIAKAN PIHAK KPDNKK, TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA SAYA NUR........PELAJAR TAHUN KE-3 DARI UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR INGIN MEMBUAT ADUAN:
pada 13 feb 2014, seorang peniaga handfone di kedai G04-STORM GALAXY ENTERPRISE,LOT G04,GROUN FLOOR, KOTA RAYA COMPLEX, JLN. TUN TAN CHENG LOCK telah menawarkan kepada saya sebuah telefon GALAXY NOTE 3 AP SET dengan harga RM550. namun oleh sebab saya masih menuntut, peniaga yang bernama Philip menawarkan kepada saya diskaun RM500 bagi pembelian tersebut jika saya memberi deposit RM100 pada waktu itu. maka saya bersetuju dengan bayaran baki sebanyak rm100 sebagai deposit dan rm400 shj lagi untuk membeli telefon Galaxy NOTE3 AP SET. deposit yang telah saya serahkan sebanyak rm100 dan baki yang perlu dibayar adalah rm400.
pada 5 mac 2014, saya kembali ke kedai tersebut untuk membayar penuh bagi harga telefon tersebut.
Namun setelah saya membayar penuh, pihak peniaga mendakwa bahawa rm500 yang ditawarkan hanya harga telefon itu sahaja. Tidak termasuk sekali dengan aplikasi yang terdapat didalam telefon tersebut.
Dia telah mendakwa harga sebenar telefon adalah rm1649 termasuk aplikasi. Sedangkan pada ketika pembayaran deposit sehinggalah pada waktu saya menyerahkan rm400, pihak kedai langsung tidak menyebut tentang harga sebenar telefon itu dijual.
Pihak peniaga telah menyembunyikan perihal aplikasi yang berlainan harga. Sehinggalah selepas saya membayar wang rm400, barulah saya diberitahu dan mengetahui bahawa harga sebenar yang perlu saya bayar adalah rm1649, saya meminta untuk dipulangkan kembali wang rm400 itu.
Namun saya ditengking dan diherdik semahunya oleh pihak kedai dan mendakwa akan menanggung kerugian yang besar jika saya membatalkan urusan jual beli tersebut. Beliau mendakwa lagi telah membeli dua buah software yang terdapat didalam telefon tersebut dengan pembelian atas nama saya, dan dibeli secara online.
Saya mencuba berkali-kali untuk membatalkan pembelian tersebut, namun peniaga memaksa saya untuk mengambil telefon jenama lain, iaitu LENOVO A766 dengan harga RM1100.
Tambahan lagi, pihak peniaga mendakwa hanya telefon Lenovo itu sahaja yang mampu menampung penggunaan aplikasi yang telah dibeli menerusi online. Namun saya menyatakan, rakan saya membeli telefon yang mempunyai jenama yang sama, bahkan lebih terbaru dan mempunyai spec yang lebih baik dengan harga hanya rm800.
Saya berfikir panjang untuk mengambil telefon tersebut. Saya berfikir, wang biasiswa yang saya ada hanya rm1500 untuk satu semester. Jumlah budget yang saya sediakan untuk pembelian telefon baru hanya RM500 sahaja.
Lantaran telefon sedia ada sudah separuh rosak. Jika saya membayar penuh harga tersebut, berapa pula jumlah wang yang saya perlukan untuk menyara kehidupan saya selama satu semester? jika saya tidak mengambil pula telefon tersebut, rm500 saya lebur begitu sahaja kerana pihak kedai tidak mahu memulangkan wang tersebut walaupun setelah diminta berkali-kali.
Pihak kedai menawarkan kepada saya LENOVO A766 dengan harga rm1100 (deposit rm100+ payment rm400+rm250 + dan rm250 lagi dalam tempoh 3 bulan dari tarikh 5 mac 2014)
Dengan berat hati saya bertanyakan dimana letaknya mesin ATM untuk menguluarkan lagi rm250 sebagai bayaran telefon tersebut. (jumlah wang yang telah saya bayar adalah rm750 termasuk deposit. Dan baki yang perlu saya bayar dalam masa 3 bulan adalah rm250 lagi untuk melengkapi bayaran rm1100. Dengan warranty 2 tahun, full set, namun tidak disediakan ear phone, telefon yang diberikan kepada saya juga sudah tidak mempunyai ‘cover’ seperti telefon bimbit display yang biasa masih mempunyai cover.
Saya menandatangani resit dan pulang ke rumah. Setelah saya teliti, telefon yang diberikan adalah telefon second hand kerana saya mendapati terdapat beberapa perbualan lama didalam aplikasi what’s app yang baharu saja saya memuat turun dari talian. Perbualan yang bertarikh 14 febuari dari nombor 016-9673147, perbualan bertarikh 30 januari oleh 019-5253528,0125753257 dan beberapa perbualan yang lain dengan nombor telefon dan tarikh yang berlainan.
Saya mendapati bahawa telefon yang dijual kepada saya adalah telefon yang telah diguna pakai dan bukan telefon baru dengan harga yang terlalu tinggi. Sedangkan, apabila saya meneliti semula harga yang ditawarkan dalam pasaran hanyalah kurang dari rm500 bagi jenama dan siri berkenaan.Apabila saya menyemak semula harga pasaran bagi LENOVO A766 hanyalah kurang dari rm500.
Saya sangat tidak berpuas hati dengan cara urusan perniagaan yang dilakukan terhadap saya. Menipu dan memaksa, kemudian menipu sekali lagi.
Mohon pihak tuan prihatin terhadap nasib yang menimpa saya dan mengambil tindakan terhadap kes saya ini.
memohon dengan ribuan pohon, memohon supaya pihak tuan mengambil langkah dengan segera supaya pihak premis tersebut tidak menipu lebih ramai lagi pelanggan.
Comments