Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2014

cinta untukmu Dirasah Asanid

بسم الله الرحمن الرحيم bermulalah kisahku bersama DIRASAH ASANID..pertama kali aku memandang asanid, aku lihat dia adalah seorang yang sopan, segak, lembut tutur katanya. lelaki ini baru aku kenali ketika mula-mula aku menjejakkan kaki ke alam baru, semester ke-6 di UM..  "asan!" panggilku.. lantas dia menoleh. aku katakan padanya, "asan, kenapa semester ini aku baru jumpa kau? bukan sepatutnya kau aku jumpa sejak awal-awal lagi? kau ke mana? tak kan kau asyik sembunyi ja dalam bilik mesyuarat tu, tak keluar, tak tunjuk muka. hujung-hujung pengajian aku, kau baru muncul." Asanid tersenyum-senyum memandangku. Wajah kacaknya meruntun hatiku. kulitnya bersih, janggut sejemputnya menghiasi wajah yang putih bersih itu. Sekali pandang,   kehandsoman  Asanid    aku lihat seiras wajahnya dengan Ashraf Muslim. Lembut senyumnya, lembut perawakannya, lebih2 lagi sangat menghormati wanita.  Hampir tujuh minggu aku bersama Asanid di dalam bilik kel...

TRIBUNAL PENGGUNA - Procedure Tuntutan

 Langkah-langkah membuat tuntutan di TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) LANGKAH PERTAMA, muat turun borang satu di  http://ttpm.kpdnkk.gov.my . LANGKAH KEDUA buat tiga salinan borang satu tersebut. satu salinan untuk TRIBUNAL, satu salinan untuk PENENTANG, dan satu salinan untuk PENUNTUT (kita).  hantar borang (secara manual) ke: TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR TINGKAT 16, SUNWAY PUTRA PLACE 100, JALAN PUTRA 50622 KUALA LUMPUR ataupun buat tuntutan secara online LANGKAH KETIGA buat bayaran RM5 kepada tribunal. selagi bayaran tidak dibuat, kes tuntutan kita tidak dapat diambil tindakan.  bayaran boleh dibuat dengan 2 cara hantar wang pos (aduan online) ataupun bayar cash di kaunter TTPM LANGKAH KEEMPAT (manual) bawa ketiga-tiga salinan borang tersebut kepada tribunal supaya dapat diproses oleh tribunal. tarikh sebutan kes perbicaraan akan ditentu...

Kota Raya-Storm Galaxy Ent PENIPU!

Catatan ini bukanlah bertujuan untuk menjatuhkan perniagaan kedai hand phone tersebut. hanya sebagai peringatan, agar kejadian seperti ini tidak berlaku lagi. Semoga dijadikan iktibar. jalan tun tan cheng lock Alhamdulillah.. hari ni, 25 mac 2014 telah selesai kes tribunal tuntutan  yang aku failkan terhadap sebuah kedai handphone berdekatan kompleks kota raya.. cerita dia macam ni, ada satu hari tu, hari khamis 13 feb 2014. aku balik ke kl awal.. atas urusan kenduri pernikahan abang aten keesokan harinya. saje balik awal sebab nak tgk abang aten nikah..hehe. hari isnin minggu depannya, 17 feb bermulanya semester pengajian aku di universiti malaya kesayanganku yang ke-6. kebiasaannya, apabila aku turun bas di puduraya, perjalanan dari kampung, aku akan melalui kaki lima sekitar kota raya untuk menaiki bas U74 pula menghala terus ke rumah sewaku di sekitar Pantai Dalam, KL. ntah macam mana, masa berjalan di kaki lima berdekatan dengan perhentian bus, kaki aku sep...